• Allah swt itu memiliki apa yang ada di langit dan bumi

    LAUT TERBELAH 2 DI KOREA


    Harap tiada yang menyamakan kejadian laut terbelah dua di Korea Selatan ini dengan peristiwa Nabi Musa membelah laut. Perkataan terbelah dengan membelah itu sahaja sudah cukup membezakan antara kedua-kedua kejadian alam ciptaanNya. Fenomena ajaib, laut terbelah dua yang terjadi di Korea Selatan yang di panggil “Moses Miracle”, hanya berlaku 2 kali setahun ketika air surut terbuka suatu alur daratan sepanjang 2.8 kilometer dan lebar 40 meter yang menghubungkan pulau Jindo dan Modo untuk beberapa jam lamanya. Suatu festival akan diadakan untuk mengingatkan kejadian alam dan dihadiri pelancong-pelancong dari segala pelusuk dunia ini. Kejadian laut terbelah dua ini hanya mula disedari pada tahun 1975, ketika Mr. Pierre Randi iaitu duta besar Perancis untuk negara Korea berkunjung ke sana dan memuatkan kejadian di dalam akabar Perancis.

    1 comments:

    1. terimakasih infonya sangat bermanfaat,jangan lupa kunjungi web kami http://bit.ly/2PQ5HiL

      ReplyDelete

     

    Blogger news

    About

    Blogroll